Sabtu, 12 Februari 2011

Kway teow goreng sempoi

pagi ni sarapan kway teow paling senang dan sempoi.....yg penting sedapp...hehehe...
alas perut utk suami dan anak2 sebelum memulakan acara larian perdana.....

nak cuba???

bahan-bahanya :

1kg kway teow-basuh-toskan
1 ikat daun  koret-basuh-dipotong anggaran 11/2 inci(yg mcm daun kucai tu tapi dia lebar sikit)-toskan
1 peket fish cake -basuh-dipotong sederhana nipis
taugeh-anggaran 1 ringgit-basuh-toskan
1 mangkuk udang-dibuang kepala-basuh-toskan 
6 ulas bawang putih -basuh-ditumbuk kasar
6 biji cili api -basuh-dititik-memadai sekali titik sahaja
1 sudu makan sos tiram
4 titis sos perasa maggi
60 titis kicap manis
2 sudu teh garam halalgel
minyak masak secukupnya

cara ;

menggunakan api gas no 3

panaskan minyak-masukkan bawang putih dan cili-kacau sebentar
masukkan fish cake-tumis hingga fish cake kembang-kacau2kan
masukkan sos perasa maggi,sos tiram dan garam-kacau
masaukkan udang-kacau sampai udang kemerah2an
masukkan kway teow,taugeh,daun koret dan kicap
kacau cepat2 dan rata sampai masak
sedia dihidang....

selamat mencuba...




Tiada ulasan:

Catat Ulasan